HAYATI DAN LAKSANA

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Sabtu, 30 Januari 2010 at 6:44 PG

Sebahagian dari usaha untuk memperkasakan pejuangan agar Islam yang menjadi asas dan dasar perjuangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang , kita sewajarnya memastikan intima' atau penglibatan kita dengan islam ini benar - benar dihayati bersama 5 prinsip Amal Jamaei .



5 Prinsip yang saya maksudkan itu ialah :

1. Iltizam

Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan oleh islam demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan :

1. Aqidah yang sohih ,
2. Fikrah yang syumul
3. Syakhsiyyah yang soleh
4. Dakwah yang benar
5. Tanzim @ Organisasi yang mantap

Jangan abaikan setiap keputusan jamaah apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara jamaei melalui prosedur mesyuarat yang sah . Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti jamaah lumpuh atau terbiar dengan sikap yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya .

Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan jamaah yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri .

Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya .

2. Wala'

Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan jemaah sebagai platform untuk menjayakannya , lalu menggapai objektif dan matlamat .

Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan jamaah kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati - hati seperti mengakibatkan kebocoran rahsia dan lainnya .

Jangan sekali - kali bermain kayu 3 dengan jamaah yang akhirnya mencetus dilemma dalam melaksanakan arahan pimpinan . Antaranya sikap menyertai 2 atau 3 jamaah sekali gus kononnya didirikan atas kefahaman bahawa yang penting ialah Islam bukan jamaah , maka boleh menyertai mana - mana jamaah yang mahukan Islam .

Tindakan ini membawa kepada pecah wala' lalu timbul pula 'fatwa' kononnya wala' tidak wajib kecuali kepada Allah dan Rasul demi menghalalkan tindakan mereka menyertai 2 atau 3 jamaah secara serentak .

Menyertai 2 atau 3 jamaah serentak sebenarnya menggangu proses pembinaan secara terancang dan mencetuskan kekeliruan fikrah serta membawa kepada dilemma dalam ketaatan dan komitmen . [ perbincangan panjang dan jelas telah saya tulis dalam kertas kerja saya yang bertajuk Ummah Centric : satu kekeliruan . ]

3. Dengar dan Taat.

Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .

Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan jamaah selama mana ia tidak mengheret kita dan jamaah ke kancah maksiat dan mungkar . Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan bertaraf cawangan , jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah .

4. Ukhuwwah fillah

Jalinan persaudaraan antara ahli jemaah mestilah diikat dengan semangat berlapang dada , berbaik sangka , tawadhu' atau merendah diri antara satu sama lain , kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri , mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .

Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat jamaah dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan pentarbiyahan jamaah .

Usaha dan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan . Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis .

5. Tadhiyyah [ pengorbanan ]

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.
Kegagalan berkorban memerangkap diri dan jamaah dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi .
Terutama kita berjuang di era menang , kedengaran akhir - akhir ini suara yang mahu titik peluh dan penat lelahnya untuk perjuangan ini dibayar dengan imbuhan dunia . Tanpa imbuhan atau perolehan lumayan maka tiada tenaga jauh sekali nyawa untuk perjuangan . Ini satu musibah !
Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama samaada sebelum atau selepas menang . Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama .
Ringkasan ini sebagai satu nota kecil buat petugas , ahli dan pimpinan PAS yang saya dedikasikan buat semua khasnya diri saya sendiri yang masih perlu dibimbing dan dibina dengan apa yang telah saya notekan di sini .

Saya harap perbincangan lanjut dibawa ke usrah atau liqa fikri berkait 5 prinsip amal jamaei ini dan dilengkapkan dengan nas qura'ani dan dalil sunni berasaskan manhaj perjuangan an nabawi .supaya gerakan islam terus bersenadi dalam ruh tarbiah kita bersama...


PERGI SEORANG PEJUANG

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Selasa, 12 Januari 2010 at 8:45 PG

Isnin 11.1.2010..Seorang anak muda yang penuh berjasa dan banyak membantu anak-anak pahang dimesir baik dari sudut ilmunya atau kepimpinanya. Beliau telah pulang ke medan pejuangan yang sebenar iaitu Malaysia.Pihak BKMIP mengucapkan terima kasih di atas tunjuk ajar dan bantuan adea atau pun tenaga.Segala pegorbanan dan jasa beliau amat-amat bermakna bagi seluruh rakyat pahang di mesir.Seorang bekas Ydp BKMIP pada tahun 2005/2006 dan bekas penasihat BKMIP..Adea dan tenaga beliau amat membiri suatu kenangan yang bermakna sehingga mahasiswa/wi islam pahang kehilang permata yang bermakna..

. kemesraan dan setiakawan yang menjadikan kami senang untuk dampingi.



Kami anak -anak pahang merasakan sebuah perpisahan yang menjadi semagat dan usaha untuk megembalikan pejuangan ulama' terus tersmart di dalam jiwa.



Ketawamu dan seyumanmu menjadi pemanis bicara dalam mengaplikasikan sunnah perjuangan Rasulluah Saw dan para ulama' muktabar..Segala hasil ilmu serta pegajian tidak pernah lokek dalam menyapai kalam Allah, Rasul dan ulama' Mesir khusnya..ketabahan dan kekuatan beliau menjadi seluruh pejuangan berharapan kemenangan..

Pesanan dan nasihat kearah kebaikan serta mebasmi kemungkaran sebagai tanda cinta kepada islam...Kami bukan menagungkan beliau diatas dasar nafsu, tetapi sekadar terima kasih serta tanda menghargai jasa didikan yang penuh memberi semagat penuntut ilmu yang sebenar.







Tidak pernah kami lupa jasa beliau dalam soal kepimpinan BKMIP dalam memastikan terus berada di dalam dasar islam yang sebenar.Jetusan adea dan tenaga mengamitkan sebuah citra yang mewarnai kehidupan serta suasana islam yang sebenar..


Untuk akhirnya kami mendoakan agar perjaungan serta sabat (tetap) dalam meneruskan agenda dakwah islam ini...Segala jasa yang baik biarlah Allah sahaja yang membalasnya..Kami mengharapkan ilmu dan semagat juang yang tinggi dapat menghidupkan masyarakat yang dahagakan ilmu yang bermanafaat..Terima kasih segala tunjuk ajar Us Mustafa semoga ianya menjadi kehidupan kami bermakna,insyallah..

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Isnin, 11 Januari 2010 at 4:26 PG


(Terkini) Askar rejim Zionis telah menjalani latihan ketenteraan baru bagi persiapan menakluk Gaza.

Sabtu, 09/01/2010 -Pasukan Israel telah menyelesaikan latihan ketenteraan berskala besar di Negev, berita Channel 10 melaporkan, bagi mempersiapkan pasukan untuk serangan ketenteraan terhadap Jalur Gaza.

Latihan itu dilihat sebagai persiapan untuk menakluk kembali wilayah yang gagal ditakluk pada peperangan yang lepas.

Latihan terbaru difokuskan pada latihan semula kepada kesalahan yang terjadi selama perang terkini di Gaza pada bulan Disember dan Januari tahun lalu. Sembilan tentera Israel telah tewas dalam peperangan tersebut , yang melihat 1.400 orang awam Palestin syahid.

Menurut berita dari Channel 10, pihak tentera rejim Zionis telah diajar menggunakan peranti digital terbaru yang baru dipasang pada kereta perisai Merkava, iaitu kereta perisai terbesar Israel yang membolehkan askar di dalam unit menjejaki tentera di daerah-daerah berpenduduk padat.

Inilah kekejaman yahudi dan israil, bencinya mereka terhadap islam.Pun begitu kita seluruh ummat islam bersiap sediakah kita melangsungkan misi dan visi Al quran untuk menghina mereka yang zalim.Islam adalah agama membina kehebatan dan meguasai seluruh pelusuk alam untuk menjamin dunia ini berada dalam keadaan aman serta keadilan .Maka bersamalah kita menghidupkan jiwa serta ruh jihad bagi membuktikan kebodohan musuh adalah sia-sia.

sebelum berakhir ana tinngal beberapa persoalan untuk sama - sama kita fikirkan dan memahaminya.

1.Apakah kita mampu mengatakan islam sudah berada di dalam keadaan menang

2 sejauh manakah kefahaman sahabat-sahabat terhadap islam

3.Kenapa islam wajib dipertahankan demi membina semula khalifah islamiah

4.siapa yang akan merealisasikan islam sebagai ad din menyahut seruan junjungan besar Nabi Muhammad saw.

HANCUR HANCUR YAHUDI HANCUR...KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN PASTI AKN DIBALAS DENGAN PERTOLONGAN ALLAH ...AMIN..


Tragedi sebuah Episod

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On at 3:52 PG

UMNO Gelabah bila dibicara di Mahkamah Rakyat



Saya Tererkejut dengan kenyataan YAB Perdana Menteri yang berkaitan isu pengeboman dan pembakaran gereja yang bertajuk 'JANGAN MENUDING JARI PADA UMNO' seperti yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar hari ini.


1.Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa Perdana Menteri menyedari bahawa UMNO / BN sedang dibicarakan oleh Mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan UMNO di kandang orang salah. Perbicaraan di mahkamah rakyat mengambarkan UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi. Kepada Perdana Menteri ingin saya nyatakan bahawa rakyat menuding jari pada UMNO dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin UMNO yang rasis. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mungkin mudah lupa pepatah Melayu yg berbunyi 'siapa yang menanam dia lah yang menuai hasilnya. Kini UMNO sedang menerima akibatnya.

2.Datu Seri Najib perlu imbas kembali pada peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan ISA (ops lalang) keatas pemimpin pembangkang dan NGO yang di mangsakan oleh politik jahat UMNO, peristiwa mencium keris oleh bekas Ketua Pemuda UMNO(Datuk Seri Hishammudin Hussien) dengan sentimen perkauman, peristiwa serangan induvidu pemuda UMNO ke atas YB Karpal Singh di Parlimen, peristiwa pijak kepala lembu dan yang terbaru provokasi isu penggunaan kalimah Allah untuk majalah Herald di mana kenyataan Perdana Menteri dan Datuk Hishammudin seolah-oleh menggalakkan tindakkan tersebut.

Saya merujuk kepada kenyataan dari peristiwa-peristiwa ini dan mempertikaikan keikhlasan UMNO dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.Kalau benarlah umno inginkan islam agama sebagai landasan pemerintahan kepada tidak berusaha mencapai hadaf is;lam yang sebenar..Ana melihat umno asyik berada dalam keadaan yang sama,yang mana islam itu bukan cra hidup.


3.sebelum ana menulis tragedi ini ana terbaca sebuah buka freemason di kepulauan melayu.Kita rungkai semula sejarah yang memerdekaan malaysia adalah dari penjajah inggris selepas seluruh dakyah freemason berjaya menakluki orang melayu.sehinggkan kuasa sultan dan kerajaan telah dikuasai pengaruhnya untuk menguasai tanah melayu.Hak sultan hanya menjaga adat istiadat dan agama islam .Tapi sebalik perancangan hanyalah palsu.Cukuplah umno tak payah menunjukan hero kalau dunia politik dikuasai sebalik penjajah.

4.Kononya menggunakan agama, segala kejahatan selesai.Rakyat tidak bodoh macam lembu ditarik hidup.Rakyat telah bijak dalam memilih siapa yang sebenar hak dan batil.UMNO ingat dia boleh gunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian untuk tujuan politik murahan. Tapi jelas senjata makan tuan, rakyat tidak lagi mempercayaai UMNO. Inilah petanda UMNO / BN telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerintah negara.

"Saya mengajak rakyat berbilang kaum dan agama untuk sama-sama PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya berjuang untuk memuziumkan UMNO / BN dalam PRU ke-13 nanti. Kepada parti-parti kompenan BN saya mengajak mereka menyingkir UMNO dari BN atau mereka meninggalkan BN untuk bersama PR membawa wajah baru politik Malaysia",kata perangan pas pusat

Kesimpulan, kita hamba Allah berhak memilih islam sebagai ajaran yang menyelesaikan pelbagai persoalan .Kerana alquran dan sunnah sebagai panduan yang mendedahkan persoalan dunia dan akhirat.Islam menilai pertikai di atas dasar kejujuran dan kebenaran yang hakiki.Kebatilan pasti ditak selam penipuan adalah kebodohan yang besar kepada dunia ..lakukan yang terbaik didalam agama kita ISLAM..


HATIKU MILIK MU

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Sabtu, 9 Januari 2010 at 11:30 PTG



Desiran ombak buihtan pantai..sayup malam kelipan kekundang...melayari bahtera indah suatu tanda cinta hakiki kepada kekasih ...tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Allah...Hatiku milikmu diatas paras wajah,agama,nilai budi dan prinsip wanita pejuangan...Maka mampukah kau memiliki hati yang penuh kesetian dan kesucian menanti syurga abadi.

Umar Al-Mujahid keliru. Hatinya direntap dua cinta berbeza. Sukar untuknya menilai kerana hakikat kedua-dua cinta itu indah di matanya.


Antara cinta yang pasti dan tidak pasti, Umar Al-Mujahid akur pada situasi. Dia memilih cinta yang pasti berbalas daripada seorang gadis jelita. Kehadiran gadis itu benar-benar mengubat luka penantiannya. Dia tidak mahu lagi mengharap pada cinta yang tidak pasti daripada si dia yang dianggapnya tidak sudi. Umar sudah putus asa dengan cinta si dia. Namun, hatinya tak
pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui.

Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Ruparupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah.

‘’Hatiku milik siapa?’’


Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan. Apakah dilema cinta yang dihadapi? Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya? Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid?

Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya?

Dan banyak lagi persolan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-Mujahid. Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan membawa pembaca bertanya diri sendiri,

‘’Hatiku pula milik siapa?’’
.

Sebuah harapan dan kesetian lelaki bernama hamba yang hina..

Mahar Sebuah Cinta

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On at 12:39 PTG

Salam bicara indah bahasa,budi perketi tututan sunnah..Hidup perlukan matlamat berlandaskan fitrah sebagai insan yang bergelar muslim.Seluruh bicara hati ke hati adalah suatu kajaipan yang penuh dengan perasaan cinta dan harapan kepada kekasih yang belum pasti menjadi realiti.Sebuah cinta adalah berpaksi kepada tututan agama dan tatasusila yang wajib untuk kita ikuti..

Mahar cinta suci adalah lakaran kekasih kepada kekasih di dalam alam pernikahan.Mahar adalah sebuah mahligai istana seorang lelaki yang inginkan mahkota suci seorang wanita yang bergelar isteri..Mahar bukan suatu harga yang boleh dijual beli hanya dengan cinta semata - mata, namun perlu diikat dan dimeterai di atas dasar fitrah sebagai hamba Allah.Wang bukan nilaian harga yang semata - mata inginkan mahkota yang penuh sujud dan taat kepada Allah..Lantaran begitu, mahar adalah suatu aku janji taat setia kepada tanggungjawap yang meniti kesyurga abadi..





Mahar Cinta Suci..


Firman Allah .Dan sebaliknya dihalalkan bagi kamu perempuan -perempuan yang lain daripada tersebut itu, untuk kamu mencari isteri adalah dengan harta kamu secara bernikah.

Sebuah kalam yang penuh dengan hikmah dan hikmat untuk membina sebuah kehidupan yang penuh dengan duri dan ranjau.Maka mahar bukan penghalang sebuah janji kasih kita kepada apa yang kita ingin miliki.Sesungguhnya akad nikah memberikan kesan yang besar, kekal untuk suatu tempoh masa yang panjang serta penuhi dengan tanggungjawap.Maka cinta suci adalah berlandaskan akad yang sah dengan megikut janji prasyarat syariat.Akad yang sah dibina atas mahar suci yang berlandaskan akhlak dan agama sebagai benteng untuh yang penuh dengan keikhlasan.Kesucian sebuah mahar suci adalah berpokokkan dengan agama sebagai perisai juang demi pertahankan maruah mahar cinta suci.

Kalau agama jadi penghias diri, jiwa serta maruah. Maka akhlak adalah kelembutan dan kepribadian yang membina suatu keistimewaan dan kehebatan seorang lelaki..Indahnya sebuah kekasih jikalau mahkota setia dengan kepribadian islam..

Untuk akhirnya mahar cinta suci adalah sebuah akad janji setia kekasih yang berpatrikan islam sebagai perisai penyelamat.Oleh itu, bina sebuah kehidupan yang bermatlamatkan syurga dan kerahmatan dunia dan akhirat...

KEFAHAMAN KEMPEN INI

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Selasa, 5 Januari 2010 at 1:04 PG



Sahabat-sahabat yang dirahmati..

hari ini kita di hidangan dan diperlihatkan seluruh rumah pahang di haiyyu asyir kaherah mesir, dengan banting kempen sifar rasib..nah ambil kau..16 banting dipasangkan untuk apa? Jawapannya pasti sahabat-sahabat dapat fikirkan apa tujuan dan apa matlamat kempen tersebut diadakan..Suasana anak-anak pahang hari ini sibuk mengejar misi dan visi untuk meyahut cabaran kempen tersebut...Baru-baru ini, pihak yayasan pahang dan Bandan induk anak-anak Pahang mesir (BKMIP) bertukus lumus bagi menjayakan hadaf tersebut..

Sahabat-sahabat yang dimuliakan

Kempen sifar rasib ini mempunyai hadaf dan pembentukan yang amat menarik serta tertarik.Namun begitu sejauh mana anak-anak Pahang memahami serta mendalami kempen tersebut...Ana selaku penulis tidaklah berniat megusutkan keadaan, tetapi hanya membuka jalan serta kefahaman mahasiswa/wi islam pahang dalam mengatur episod kempen ini..Ana ingin megeluarkan persoalan, motivasi yang membina atau jati diri yang membina untuk mahasiswa Pahang terus maju dalam erti kata sebenar..Marilah kita membuka jalan dan timbulkan pelbagai persoalan demi kefahaman kempen ini menjadi realiti pada 2012 ini,kata pegawai yayasan pahang..

Maka sahabat jom kita redah objektif kempen sifar rasib...
- 100% hadir ke kuliah dalam erti kata 1.degar.2.catat.3.bertanya
- Hafaz Al-Quran dan Subjek berkaitan
- Study group
- Kelas totulrial
- Bengkel jawap soalan
- Jawap untuk cemerlang


Sebuah andaian kempen ini penulis cuba kupaskan.Setiap hari ana sentiasa berfikir apakah perlu kempen ini diperkasakan.Persoalan nya mahasiswa adalah egen perubahan, tidak perlu lagi agenda yang sebegini diujudkan.Tetapi kita melihat sejauh mana kesedaran ini menusuk hati mahasiswa.Dengan motivasi,sembang santai cukup!...Ingat? manusia perlukan Allah sebagai penyelamat..Ia, kita perlu ikhtiar..semua orang akan kata kita ini jumud..Tetapi kalau kempen ini cukup menarik dan hebat tetapi mahasiswa jauh dengan Allah, apa gunanya usaha kita..USAHA TANPA DOA JAHIL.DOA TANPA USAHA GILA.

Sahabat yang dirahmati Allah ..

Ana tidak tidak berniat untuk timbul kontroversi..tetapi motto yang kita kata adalah besar seolah kita ini bakal peyelamat ummat, walhal diri kita, jiwa kita tidak bersedia menyahut motto kempen ini,,(BERSAMA MELAHIRKAN ULAMA' AMILIN PROFESIONAL DAN INTELEK )..Kita ingin melahirkan ulama' dan amilin yang berjaya dipersada dunia kerjaya dan masyarakat..Apakah kita sanggup menyahut kempen ini..Harapan mak ayah sudah pasti.Kalau lah kenpen ini tidak ada pasti,wajib kita taat dan bagi kejayaan pada mereka..Sekali lagi ana mengharapkan kita merealisasikan sesuatu perkara bertindaklah diatas paksi islam yang sebenar..Ana penulis sama sekali bertanggungjawapan ini sebagai agen perubahan mahasiswa islam di Malaysia am dan Pahang Khususnya..

Sahabat-sahabat yang diredhai,
Marilah sama-sama kita majukan diri kita dengan matlamat dan harapan untuk kebangkitan islam dan merealisasikan kempen degan jelas dan tepat..Segala kesalahan dan meguris hati harap dimaafkan, ana ingin menbuka minda sejenak..sahutlah cabaran ini sebagai tanda ulama' yang inginkan perubahan kemenangan pemuda islam..wasallam..

BERSAMA MELAHIRKAN ULAMA'
AMILIN YANG PROFESIONAL DAN INTELEK

HILANGNYA JATI DIRI

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On at 12:36 PG

Tuntutan untuk beribadat kepada Allah bukanlah tugas yang mudah dan bukan juga tugas yang payah lagi memberatkan, kerana sesungguhnya Allah berfirman dalam Al-Qur'an, mafhumnya: Dan tidaklah aku jadikan dalam perkara agama ini satu kepayahan

Namun lantaran keadaan dan situasi yang melanda, dengan pelbagai serangan fikiran daripada musuh Dinullah sama ada jin mahupun manusia, maka kita lihat hari ini urusan agama Allah terasakan berat dan seribu satu kepayahan padanya. Lantaran jiwa, fikiran dan persekitaran telah dikuasai oleh sejuta satu maksiat, maka Islam yang indah menjadi hodoh. Justeru, berjayalah orang-orang yang mensucikan dirinya dengan mujahadah seperti mana firman Allah dalam ayat 9 surah as-Syams, dan beruntunglah orang-orang yang membantu agama Allah kerana Allah menjanjikan magfirah atas segala jihad di jalan Allah.

Banyak prihal yang membincangkan persoalan ini, namun kita sebagai manusia gagal mendalami hidup sebagai hamba Allah yang sebenar.Setiap kali kita sentiasa dengan beribu alasan untuk sejam dan seminit kejalan islam.Kenapa masalah ini sering berlaku dikalangan mahasiwa? nah.. itu lah tren,malas ,boringlah,alah tak payah ana tak g pun ana faham juga.Tegoklah ayat? itulah yang sering diungkapkan dalam mana-mana program pentarbiahan.Maka lihatlah sejauh mana kita faham akan kebenaran sebuah agama yakni islam....

Ana hanya melontarkan persoalan, tidakkah ruginya sahabat - sahabat kalau kita berada di dalam tahap begini.Kita bukanlah menbawa misi keluarga dan pejabat atau persatuan tapi islam suatu kebangkitan sebuah nilaian yang penuh dengan rahsia.Sama-sama kita aturkan diri dan letakan prisip jatidiri sebagai peyelamat dunia islam masa kini.Oleh hal demikian kita tidak boleh mengharapkan kemenagan itu bertapak hanya kepada orang lain, tetapi biarlah perasaan sayang dan cinta kita hanya pada islam menjadi lambang kebenaran yang realiti.

akhir nasihat ana..teringat kalam sheikh Dr Yusof Al Qardawi..megatakan kenapa islam wajib dimenangi, dimana sebenarnya pemuda sebagai harapan kepada bangsa..maka kitalah yang seharus menangung tangungjawap ini suatu kewajipan...Jadilah pemuda yang bertakwa dan bermaruah demi kebangkitan islam...sekian

bibitan bisu

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Jumaat, 1 Januari 2010 at 2:10 PTG

asalamualaikumm,
hari ini amat bertuah seorang sahabat telah membuka jalan kepada seorang mujahid Allah dalam meneruskan agenda dakwah alaf baru.