BEKALAN SEPANJANG JALAN DAKWAH

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Khamis, 6 Mei 2010 at 11:59 PG

Allah Subhanahu wa Ta'ala menghendaki - apa yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kehendaki ianya pasti terjadi - da'wah Ikhwan Muslimin tetap berjalan dan terpelihara seperti yang diseru oleh penyerunya yang pertama Al-Imam Al-Syahid Al-Banna yang juga merupakan mursyid kepada jama'ah. Da'wah tersebut ber'aqidah dengan 'aqidah para salaf, gerakerja yang praktikal, perilaku yang bersifat kerohanian dan akhlaq yang mencontohi Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. Ianya tidak dicemari dengan syubhat modenisasi, tidak merestui kecenderungan barat, manhajnya adalah Al-Qur'an. Mereka beriltizam dengan nas-nas yang thabit dan memberi makna secara qat'i; tanpa membuat tafsiran, takwil dan pengkhususan secara sewenang-wenangnya. Beriltizam dengan nas-nas yang thabit secara dzanni dan memberi makna secara qat'i; iaitulah memahami maknanya bersesuaian dengan ayat-ayat Al-Qur'an, sebahagiannya tidak bertentangan dengan bahagian yang lain, seperti mana yang ditegah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

Mereka mengimani nama-nama Allah dan sifat-sifatNya sepertimana mereka menerimanya, tanpa mengabaikannya (ta'thil) dan juga tidak menyerupakannya dengan sesuatu (tasybih). Mereka memahaminya seperti golongan salaf yang mulia, iaitu pada ketika Imam Malik mengatakan kepada orang yang bertanya mengenai bersemayamnya Allah Subhanahu wa Ta'ala.“ “Istiwa“ adalah boleh diterima 'aqal, caranya tidak diketahui, beriman denganya adalah wajib, bertanya tentangnya adalah suatu bid'ah, saya rasa engkau adalah orang yang jahat, keluarkannya dari majlis kami."

Melalui penelitian yang mendalam seperti ini kita meneruskan pembacaan dan memahami Al-Qur'an. Demikianlah juga kita mengikut contoh tauladan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Kita mengimani bahawa hadith-hadith sahih yang 'hasan' lagi mutawatir wajib diterima secara qat'i, tanpa sebarang percubaan untuk mengeluarkannya daripada maknanya yang sebenar. Ini kerana Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam diberikan kepadanya Al-Qur'an dan yang seumpama bersamanya; seperti apa yang telah Baginda sabdakan. Allah Subhanahu wa Ta'ala juga memerintah kita agar menta'ati Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pada segala perkara yang datang dari Baginda sama ada yang berbentuk perkataan, perbuatan dan taqrir (pengakuan):

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (Sallallahu 'alaihi Wasallam) kepada kamu maka terimalah serta 'amalkan, dan apa jua yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah

(Surah Al-Hasyr: Ayat 7)

Di dalam ayat di bawah pula, keta'atan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah disusuli dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Sesiapa yang ta'at kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah ta 'at kepada Allah

(Surah An-Nisa': Ayat 80)

Dengan kefahaman yang luas dan sejahtera inilah Ikhwan Muslimin berinteraksi dengan Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Imam Al-Banna tidak menghabiskan masa untuk menulis karangan-karangan yang panjang lebar. Beliau memberikan tumpuan berbekalkan 'ilmu kurniaan dari Allah untuk menyediakan risalah yang ringkas tetapi padat. Ianya memadai bagi orang yang beriman dan ber'amal untuk menjadikannya sebagai bekalan merentasi lautan fiqh secara damai dan tenang. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberi hidayat dengan usaha beliau kepada jutaan Muslimin, khususnya kepada para pemuda yang merasai keupayaan (kehebatan) agama ini. Dengan cara yang mudah dan kukuh inilah Ikhwan Muslimin mempersembahkan kepada orang ramai karangan-karangan yang ringkas dan padat, mudah dan teliti pada penyampaian dan pengertian. Tidak terlalu panjang, sehingga tidak dapat difahami melainkan oleh segelintir manusia sahaja.

Di bawah naungan penuh bermakna dan lengkap ini saya memberikan kata-kata aluan untuk buku ini "Bekalan Di Jalan Da'wah" karangan sahabatku yang dikasihi Al-Ustadh Mustafa Masyhur. Allah telah mengetahui sekadar manakah kejernihan jalinan kasih-sayang dalam persahabatan kami. Walaupun begitu kami tetap saling menyanjungi untuk membela kebenaran.

Susunan bahasa di dalam buku ini amat mudah. Setiap kalimah yang tercatat merupakan ungkapan dari apa yang diingini oleh beliau. Tidak memberat-beratkan dan tidak terlalu mendalam. Tetapi anda boleh memahami apabila membacanya. Maksud yang disampaikan dapat diterima dengan lafaz dan kata-kata yang mudah. Anda tidak perlu bersusah-payah melainkan hanya membaca dan terus ber'amal.

Bersama kebangkitan siasah islamiah

Sesungguhnya buku "Bekalan Di Jalan Da’wah" ini adalah pendamping yang terbaik untuk mereka yang ingin mencari penunjuk jalan dan mengesan tempat jejak-langkahnya. Dari buku "Bekalan Di Jalan Da'wah" ini anda akan dapat mengetahui jalan Allah yang selamat untuk diikuti, agar anda tidak terpesong dari jalan yang sebenar. Sebelum anda berada jauh dari jalan yang benar dengan sangkaan anda masih berada di jalan benar.

Buku "Bekalan Di Jalan Da’wah" membolehkan anda mendapatkan bekal apa yang diperlukan untuk mengharungi jalan yang menyampaikan kepada matlamat yang dicita-citakan; Allah adalah matlamat kami. Tiada sesuatu yang lain selain daripada Allah. Dengan buku ini anda bersama dengan Ustadh Mustafa Masyhur untuk berpuasa, sembahyang, menunaikan haji dan berzakat. Bukanlah untuk mencari hikmah di sebalik perintah menunaikan rukun-rukun Islam. Tetapi tunduk dan patuh kepada arahan dari langit dan mentaati perintah Allah. Saya tidak katakan kepada anda; carilah hikmah pada setiap perintah Allah, agar dapat dilaksanakan suruhan itu tanpa ragu-ragu. Sebaliknya, tunaikanlah rukun-rukun itu sepertimana yang diperintahkan sehingga anda merasai lazat dengan ketaatan dan perlaksanaan perintah; Allah akan membuka kepadamu pintu-pintu hikmah yang dapat menambah ketenangan kepadamu.

Bersama mempertahankan kepimpinan ulama

Seorang muslim beriman terlebih dahulu, kemudian ia membaca kitab Allah lalu bertambahlah imannya. Inilah jalan golongan salafussalih yang suci yang terdiri daripada sahabat dan tabi'in. Mereka beriman terlebih dahulu tanpa keraguan dan kesangsian. Sehinggalah mereka melaksanakan rukun-rukun Islam bertepatan sepertimana suruhan itu diturunkan dengan tujuan-tujuannya yang tersendiri. Sembahyang mencegah perkara yang dikeji dan kemungkaran; puasa adalah perisai yang menyampaikan kepada ketaqwaan; haji adalah syariat per'ibadatan dan menghasilkan pelbagai manfa'at; zakat menyuci dan mengembangkan harta.

Wahai saudara-saudaraku yang tercinta! Bekalan yang terbaik adalah taqwa. Sebaik-baik ketaqwaan adalah apa yang membawamu kepada apa yang dikehendaki Allah. Alangkah baiknya Ustadh Mustafa Masyhur, beliau telah menghimpunkan untuk kita pelbagai jenis bekalan ini yang dilimpahi dengan kebaikan dari hidangan Al-Qur'an. Beliau menghulurkannya bukanlah untuk kita memilihnya. Di dalam bekalan orang yang bertaqwa, tiada apa yang harus diambil dan ditinggalkan, dan tiada apa yang istimewa dan tiada apa harus dipilih, tetapi ia adalah suntikan yang menyembuhkan. Keseluruhannya mestilah diambil dan menjadi bekalan dalam perjalanan menuju Allah. Semuanya mestilah memakmurkan (mengisi) hati pencinta, sehinggalah ia mengimaninya dengan rela hati. Lantas ia ber'amal dengan berbekalkan keupayaan 'amal. Setetelah itu, bekalan yang ada memberikan manfa'at kepada yang sahih, menegakkannya dan membantunya. Sesungguhnya bekalan tidak memberi manfa'at kepada hati yang sakit. Maka carilah bekal:

Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa

(Surah Al-Baqarah: Ayat 197)

Dapatkanlah pertolongan dengan bekalan ini nescaya anda akan berbahagia dengan perlepasan dari apa yang anda khuatirkan. Anda akan mendapat apa yang anda idam-idamkan. Sesungguhnya Tuhan kamu menyerumu dari atas tujuh lapisan langit dan melalui lembaran-lembaran kitabNya yang mulia menyeru:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah Al-An'am: Ayat 153)

Kita memperolehi dari bekalan ini apa yang memantapkan hati. Ianya bukanlah bekalan semata-mata, bahkan merupakan perniagaan yang ditawarkan, berdasarkan ayat-ayat pada penghujung Surah Al-Saff:

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

(Surah Al-Saff: Ayat 10)

Wahai sidang pembaca "Bekalan Di Jalan Da'wah";

Bacalah, belajarlah, bertawakallah dan ber'amallah.

Dan itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (berbuatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

(Surah At-Taghabun: Ayat 16)

TARBIAH DAN PETROL

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Rabu, 5 Mei 2010 at 8:49 PG

Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV. Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98. Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98.

Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting. Maka, untuk setiap perjalanan, tangki petrol perlu sentiasa diisi.

Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup. Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan kerja lantas membantutkan perjalanan. Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati. Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki. Ia tidak semudah memulas punat kunci. Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin. Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan. Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan. Bekalan perlu sentiasa cukup. Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki. Bekalan yang baru akan menampung perjalanan seterusnya.

Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat. Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta. Perjalanan terus terhenti. Kena singgah bengkel untuk baiki enjin. Kereta Kancil tersadai 2-3 hari. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah

Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi. Demikian kaitannya dengan petrol RON 98. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.

Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.

Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.

Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.

Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?

Wallaahua’lam.

NASIHAT SANG MURABBI

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On at 8:35 PG

Sebuah buku karya Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang membincangkan dengan tuntas faktor-faktor dan prinsip seputar Madrasah Tarbiyyah Imam Hasan Al-Banna. Syeikh Yusuf Qardhawi sendiri merupakan ahli Jamaah Ikhwanul Msulimin yang menerima didikan secara langsung daripada Hasan Al-Banna. Di dalam bukunya Pengalamanku bersama Ikhwanul Muslimin beliau menceritakan setiap detik-detik yang di alami sepanjang bersama jamaah ini.

Di dalam buku ini, Yusf Qadhawi menjelaskan aspek-aspek yang terdapat di dalam Madrasah Tarbiyyah Ikhwanul Muslimin yang sejajar dengan methodologi pendidikan di dalam ajaran Islam sendiri. Beberapa ciri-ciri dan sifat tarbiyyah jamaah ini di kemukakan untuk menjelaskan keseriusan jamaah Ikhwan dalam membina peribadi-peribadi muslim yang syumul keIslamannya.

Menurut Al-Qadhawi,

Pendidikan Islam menurut pengertian Ikhwanul Muslimin dan penerapannya mempunyai ciri-ciri khas yang menonjol, yang terpenting ialah :

1. Tekanan pada segi Ketuhanan

2. Sempurna dan lengkap

3. Keserasian dan keseimbangan

4. Bersifat kreatif dan membina

5. Persaudaraan dan kesetiakawanan

6. Beridentiti dan berdikari

Dan beliau menyatakan beberapa contoh praktikal bagaimana perlaksaan pendidikan ini dalam jamaah Ikhwanul Muslimin.

Di dalam muqaddimah kepada buku, Syeikh menyatakan beberapa faktor-faktor yang menyebabkan keberhasilan jamaah Ikhwan melahirkan peribadi-peribadi muslim yang soleh dan berjiwa dakwah. Faktor-faktor itu ialah;

1. Pendidikan terhadap iman supaya tidak goyah

2. Memiliki perencanaan yang jelas sesuai dengan falsafah pendidikan Islam

3. Mengembangkan kebersamaan di dalam jamaah dan membina biah yang soleh

4. Mendidik pelapis dan kepimpinan yang berbakat, penuh dengan ilmu dan pengetahuan dan meluaskan potensi-potesni insaniah yang ada

5. Memiliki pendidik-pendidik yang ikhlas, kuat dan terpercaya

6. Cara perlaksanaan yang pelbagai, tidak kira secara fadhi, jama'iy, bersifat pemikiran, perasaan, praktikal, larangan atau perintah.

Ulama' wadah Pejuangan Islam

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Rabu, 28 April 2010 at 7:32 PG

"Salam bahagia dan salam gembira dari saya kepada anda semua. Rasa terkilan apabila masyarakat sekarang ini meminggirkan orang agama dan beranggapan bahawa orang agama ini hanya sekadar baca doa, imam masjid, khalifah Yassin dan Tahlil dan sebagainya.

Sering didengari di mana-mana tempat ulamak dan orang agama dihina dan dicaci, kononnya orang agama tidak tahu cakap inggeris, tidak tahu pentadbiran, tidak tahu teknologi, tidak tahu bermasyarakat, tolak pembanggunan dan banyak lagi.

Sedih betul saya, apabila ulamak dan orang agama dihina dan dianggap kuno dan tidak sesuai bercakap pada zaman ini. Masyarakat sekarang ini mengatakan hebat dan bertamadun bagi orang berkelulusan luar negara, kelulusan doktor (medic), kelulusan undang-undang, kelulusan bisnes dan sebagainya.

Mereka menganggap lekeh dan hina orang yang berkelulusan Azhar, kelulusan Pengajian Islam, Kelulusan Syariah, Kelulusan Usuluddin dan sebagainya. Orang agama atau ustaz dan ustazah ini tidak diperlukan untuk pembanggunan negara, tidak diperlu di dalam masyarakat dan sebagainya. Contoh dapat dilihat sekarang ini seperti kebanyakkan ibu dan bapa tidak mempunyai keinginan langsung untuk menghantar anak mereka ke Pengajian Islam, ada ibu bapa apabila anak masuk sahaja tahun 6 sekolah rendah diberhentikan anak tersebut dari sekolah arab (agama) dengan alasan anak tersebut perlu tumpu 100% untuk UPSR

Inilah yang dinamakan masyarakat sikular mengasingkan agama dan dunia, menganggap Pendidikan Islam ini tidak penting dalam didikan anak-anak mereka. Ustaz dan ustazah tidak penting dalam keluarga mereka, ustaz dan ustazah hanya menjadi tukang membaca doa dan imam di masjid sahaja. Inilah kesalahan dan inilah yang dinamakan munafik dan fasik, kerana meminggirkan Islam dibelakang dan menganggap Islam itu hanya doa, solat, tahlil, kahwin, bercerai dan Islam tidak sesuai untuk pentadbiran, Islam tidak sesuai untuk perlembagaan, Islam tidak moden dan sebagainya

Tidak terpikirkah kita semua, bahawa orang agama inilah yang banyak membantu kita semua dalam hal-hal yang berkaitan agama. Apabila adanya kematian, ustaz juga yang menguruskannya mayat tersebut. Apabila adanya kenduri perkahwinan, ustaz juga yang datang untuk mengahwinkan pasangan tersebut. Apabila disampuk hantu atau syaitan, ustaz juga dipanggil untuk merawat sampuk tersebut. Apabila adanya kenduri kesyukuran, ustaz juga yang dijemput untuk membacakan doa. Apabila adanya masalah agama, ustaz juga yang mereka rujuk untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Imam dan bilal di masjid, ustaz juga yang dilantik. Apabila berlakunya penceraian dan masalah didalam keluarga, ustaz juga yang menjadi tempat rujukkannya. Cuba kita fikir, kalaulah ustaz tidak ada langsung dalam negara ini, bagaimana untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Adakah peguam nak menguruskan jenazah kita? Adakah doktor nak menyelesaikan masalah penceraian? Adakah guru bahasa inggeris nak membaca doa tahlil dan yassin? Kalaulah situasi ini berlaku dalam negara ini, maka alamatnya hancur akidah umat Islam dan sesat amalan umat Islam negara ini, kerana melaksanakan kerja ibadah dan kerja Islam tanpa belajar dan rujuk kepada orang agama.

Manusia akhir zaman tidak lagi menghormati golongan agama dan tidak merasa penting golongan agama dalam kehidupan mereka, maka inilah yang dinamakan akhir zaman iaitu zaman yang menanti kemusnahan disebabkan berlakunya kiamat. Masyarakat sekarang ini kebanyakkannya terdiri daripada orang yang tidak menghayati Islam dan kebanyakkannya munafik dan fasik, kerana mereka tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup dan meraka menjadikan orang kafir (barat) sebagai idola kehidupan mereka.

Dari Sahl Bin Saad As-Saadi R.A berkata : Rasulullah SAW bersabda :

"Ya Allah
! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan satu zaman di mana para uama' sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang 'Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." (Riwayat Ahmad)Marilah sama kita fikirkan dunia hari ini semangkin mencabar dan rosak disebabkan kita sendiri.Namun kita sebagai hamba yang megaku khalifah yang megatakan aku beriman..

Maka kita bersama memartabatkan ulama' dalam meyokong persada dakwah terus kembali gemilang.Jangan sampai Allah menurunkan bala disebabkan kebodohan kita sendiri.Ulama' adalah pewaris nabi..Kerja dakwah ini tertakluk kepada semua manusia yang beriman..Kejahilan akan memusnah syariat di dalam islam serta menghancurkan ummat dunia sekiranya tiada pemandunya yakni golongan agamawan yang sohih dan benar- benar megikut AlQuran dan sunnah tapi dalam konsep tarbiah dan dakwah islamiah..renungkan lah ummat islam..

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Selasa, 27 April 2010 at 11:12 PG

APALAH dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan.
Apa sudah jadi dengan remaja kita tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu? Sanggup membunuh dan yang terbaru sanggup mereka membakar bayi. Tong sampah, kotak, masjid, depan rumah adalah antara tempat yang pernah menjadi pilihan untuk membuang bayi. Lebih menyedihkan lagi, media melaporkan ada bayi yang didagangkan semata-mata mahu mengejar kekayaan duniawi yang sementara ini.

Kes itu dipercayai antara ribuan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.

Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.

Aku Tidak Gentar

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Khamis, 4 Februari 2010 at 9:03 PTG

Berdakwah ini bukan suatu jalan yang hanya sekadar batuk ditangga.Tetapi mempunyai satu matlamat dan harapan yang penuh dengan perancangan..Demi islam aku sanggup berusaha mencapai akan kemenanganya..Sekadar komen pembaca yang hanya berusaha untuk membantu melemahkan semagat aku terus mencapai kemenangan.Walau apa pun komen dan kritikan aku tetap berusaha meyebarkan kerja dakwah ini sampai akhir hayat aku..
Kadang - kadang kita banyak menjatuhkan dan melemahkan semagat orang lain dan justeru merasakan kitalah yang terbaik...Marilah kita bersama - sama berganding bahu untuk memikul perjuagan islam ini mencapai kemenangan..

Aku bertekad dan berusaha memastikan kerja dakwah aku ini mecapai tahap yang mampu islam difahami oleh segenap lapisan..Aku malu dan sedih melihat saudara sesama aqidah berada di dalam kesusahan dan di tindas dengan begitu kejam..Apa tugas kita dalam membasmi dan membantu agar dakwah islamiah ini berada terus berlegar dipersada dunia..Kita hanya mampu besuara tanpa perlaksanaan yang jitu dan komit dalam menidakan akan kebenaran islam..Junjung kali aku melihat isu kemusnahan serta kehancuran islam berada diambang bahaya sehingga ianya tidak bernilai oleh peganutnya...

Sahabat - sahabat yang dirahmati Allah,,

Dunia hari ini penuh dengan cabaran serta kenikmatan yang memusnahkan agama dari peganutnya..Apakah berkemunkinan islam hanya menjadi boneka dan patung ditepi jalan..Kita tidak pernah merasakan kepentingan serta perjuangan nabi kita dalam menjana akan kemenangan islam terus dijulang..Inginkah kita melihat islam berada dibawah kaki - kaki yahudi dan israiel yang meguasai akan kebenaran islam, dimana atas dasar wahyu yang agung. Al-quran banyak megajar kita, kebenaran ,kemenangan serta kemunasnahan dunia tanpa ada sesiapa pun dapat menghalang kecuali Allah..Sunah nabi mengajar, mendidikan serta membina kecermerlangan ummat dalam menghadapi kehidupan dunia yang penuh dengan penipuan, hasad serta kejahilan dalam beragama...

Sahabat- sahabat yang diredhai..

Marilah kita bersama - sama serta bersepakat mengatur strategik dan perancangan islam terus gemilang membina jati injakan kemenangan..Bersamalah kita megangkat senjata dan perisai peperangan dengan penuh kesabaran menghadapi musuh - musuh Allah yang kejam lagi hina..
Aku menasihati kepada diri sendiri serta sahabat sepejuangan teruskan menaip serta berfikir sehingga kemenangan dan kebangkitan islam berpihak kepada kita bersama...Islam untuk Semua..wasallam

HAYATI DAN LAKSANA

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Sabtu, 30 Januari 2010 at 6:44 PG

Sebahagian dari usaha untuk memperkasakan pejuangan agar Islam yang menjadi asas dan dasar perjuangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang , kita sewajarnya memastikan intima' atau penglibatan kita dengan islam ini benar - benar dihayati bersama 5 prinsip Amal Jamaei .

5 Prinsip yang saya maksudkan itu ialah :

1. Iltizam

Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan oleh islam demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan :

1. Aqidah yang sohih ,
2. Fikrah yang syumul
3. Syakhsiyyah yang soleh
4. Dakwah yang benar
5. Tanzim @ Organisasi yang mantap

Jangan abaikan setiap keputusan jamaah apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara jamaei melalui prosedur mesyuarat yang sah . Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti jamaah lumpuh atau terbiar dengan sikap yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya .

Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan jamaah yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri .

Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya .

2. Wala'

Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan jemaah sebagai platform untuk menjayakannya , lalu menggapai objektif dan matlamat .

Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan jamaah kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati - hati seperti mengakibatkan kebocoran rahsia dan lainnya .

Jangan sekali - kali bermain kayu 3 dengan jamaah yang akhirnya mencetus dilemma dalam melaksanakan arahan pimpinan . Antaranya sikap menyertai 2 atau 3 jamaah sekali gus kononnya didirikan atas kefahaman bahawa yang penting ialah Islam bukan jamaah , maka boleh menyertai mana - mana jamaah yang mahukan Islam .

Tindakan ini membawa kepada pecah wala' lalu timbul pula 'fatwa' kononnya wala' tidak wajib kecuali kepada Allah dan Rasul demi menghalalkan tindakan mereka menyertai 2 atau 3 jamaah secara serentak .

Menyertai 2 atau 3 jamaah serentak sebenarnya menggangu proses pembinaan secara terancang dan mencetuskan kekeliruan fikrah serta membawa kepada dilemma dalam ketaatan dan komitmen . [ perbincangan panjang dan jelas telah saya tulis dalam kertas kerja saya yang bertajuk Ummah Centric : satu kekeliruan . ]

3. Dengar dan Taat.

Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .

Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan jamaah selama mana ia tidak mengheret kita dan jamaah ke kancah maksiat dan mungkar . Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan bertaraf cawangan , jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah .

4. Ukhuwwah fillah

Jalinan persaudaraan antara ahli jemaah mestilah diikat dengan semangat berlapang dada , berbaik sangka , tawadhu' atau merendah diri antara satu sama lain , kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri , mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .

Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat jamaah dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan pentarbiyahan jamaah .

Usaha dan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan . Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis .

5. Tadhiyyah [ pengorbanan ]

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.
Kegagalan berkorban memerangkap diri dan jamaah dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi .
Terutama kita berjuang di era menang , kedengaran akhir - akhir ini suara yang mahu titik peluh dan penat lelahnya untuk perjuangan ini dibayar dengan imbuhan dunia . Tanpa imbuhan atau perolehan lumayan maka tiada tenaga jauh sekali nyawa untuk perjuangan . Ini satu musibah !
Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama samaada sebelum atau selepas menang . Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama .
Ringkasan ini sebagai satu nota kecil buat petugas , ahli dan pimpinan PAS yang saya dedikasikan buat semua khasnya diri saya sendiri yang masih perlu dibimbing dan dibina dengan apa yang telah saya notekan di sini .

Saya harap perbincangan lanjut dibawa ke usrah atau liqa fikri berkait 5 prinsip amal jamaei ini dan dilengkapkan dengan nas qura'ani dan dalil sunni berasaskan manhaj perjuangan an nabawi .supaya gerakan islam terus bersenadi dalam ruh tarbiah kita bersama...