Ulama' wadah Pejuangan Islam

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Rabu, 28 April 2010 at 7:32 PG

"Salam bahagia dan salam gembira dari saya kepada anda semua. Rasa terkilan apabila masyarakat sekarang ini meminggirkan orang agama dan beranggapan bahawa orang agama ini hanya sekadar baca doa, imam masjid, khalifah Yassin dan Tahlil dan sebagainya.

Sering didengari di mana-mana tempat ulamak dan orang agama dihina dan dicaci, kononnya orang agama tidak tahu cakap inggeris, tidak tahu pentadbiran, tidak tahu teknologi, tidak tahu bermasyarakat, tolak pembanggunan dan banyak lagi.

Sedih betul saya, apabila ulamak dan orang agama dihina dan dianggap kuno dan tidak sesuai bercakap pada zaman ini. Masyarakat sekarang ini mengatakan hebat dan bertamadun bagi orang berkelulusan luar negara, kelulusan doktor (medic), kelulusan undang-undang, kelulusan bisnes dan sebagainya.

Mereka menganggap lekeh dan hina orang yang berkelulusan Azhar, kelulusan Pengajian Islam, Kelulusan Syariah, Kelulusan Usuluddin dan sebagainya. Orang agama atau ustaz dan ustazah ini tidak diperlukan untuk pembanggunan negara, tidak diperlu di dalam masyarakat dan sebagainya. Contoh dapat dilihat sekarang ini seperti kebanyakkan ibu dan bapa tidak mempunyai keinginan langsung untuk menghantar anak mereka ke Pengajian Islam, ada ibu bapa apabila anak masuk sahaja tahun 6 sekolah rendah diberhentikan anak tersebut dari sekolah arab (agama) dengan alasan anak tersebut perlu tumpu 100% untuk UPSR

Inilah yang dinamakan masyarakat sikular mengasingkan agama dan dunia, menganggap Pendidikan Islam ini tidak penting dalam didikan anak-anak mereka. Ustaz dan ustazah tidak penting dalam keluarga mereka, ustaz dan ustazah hanya menjadi tukang membaca doa dan imam di masjid sahaja. Inilah kesalahan dan inilah yang dinamakan munafik dan fasik, kerana meminggirkan Islam dibelakang dan menganggap Islam itu hanya doa, solat, tahlil, kahwin, bercerai dan Islam tidak sesuai untuk pentadbiran, Islam tidak sesuai untuk perlembagaan, Islam tidak moden dan sebagainya

Tidak terpikirkah kita semua, bahawa orang agama inilah yang banyak membantu kita semua dalam hal-hal yang berkaitan agama. Apabila adanya kematian, ustaz juga yang menguruskannya mayat tersebut. Apabila adanya kenduri perkahwinan, ustaz juga yang datang untuk mengahwinkan pasangan tersebut. Apabila disampuk hantu atau syaitan, ustaz juga dipanggil untuk merawat sampuk tersebut. Apabila adanya kenduri kesyukuran, ustaz juga yang dijemput untuk membacakan doa. Apabila adanya masalah agama, ustaz juga yang mereka rujuk untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Imam dan bilal di masjid, ustaz juga yang dilantik. Apabila berlakunya penceraian dan masalah didalam keluarga, ustaz juga yang menjadi tempat rujukkannya. Cuba kita fikir, kalaulah ustaz tidak ada langsung dalam negara ini, bagaimana untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Adakah peguam nak menguruskan jenazah kita? Adakah doktor nak menyelesaikan masalah penceraian? Adakah guru bahasa inggeris nak membaca doa tahlil dan yassin? Kalaulah situasi ini berlaku dalam negara ini, maka alamatnya hancur akidah umat Islam dan sesat amalan umat Islam negara ini, kerana melaksanakan kerja ibadah dan kerja Islam tanpa belajar dan rujuk kepada orang agama.

Manusia akhir zaman tidak lagi menghormati golongan agama dan tidak merasa penting golongan agama dalam kehidupan mereka, maka inilah yang dinamakan akhir zaman iaitu zaman yang menanti kemusnahan disebabkan berlakunya kiamat. Masyarakat sekarang ini kebanyakkannya terdiri daripada orang yang tidak menghayati Islam dan kebanyakkannya munafik dan fasik, kerana mereka tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup dan meraka menjadikan orang kafir (barat) sebagai idola kehidupan mereka.




Dari Sahl Bin Saad As-Saadi R.A berkata : Rasulullah SAW bersabda :


"Ya Allah
! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan satu zaman di mana para uama' sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang 'Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." (Riwayat Ahmad)Marilah sama kita fikirkan dunia hari ini semangkin mencabar dan rosak disebabkan kita sendiri.Namun kita sebagai hamba yang megaku khalifah yang megatakan aku beriman..

Maka kita bersama memartabatkan ulama' dalam meyokong persada dakwah terus kembali gemilang.Jangan sampai Allah menurunkan bala disebabkan kebodohan kita sendiri.Ulama' adalah pewaris nabi..Kerja dakwah ini tertakluk kepada semua manusia yang beriman..Kejahilan akan memusnah syariat di dalam islam serta menghancurkan ummat dunia sekiranya tiada pemandunya yakni golongan agamawan yang sohih dan benar- benar megikut AlQuran dan sunnah tapi dalam konsep tarbiah dan dakwah islamiah..renungkan lah ummat islam..

Comments:

There are 0 ulasan for Ulama' wadah Pejuangan Islam

Catat Ulasan