HILANGNYA JATI DIRI

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Selasa, 5 Januari 2010 at 12:36 PG

Tuntutan untuk beribadat kepada Allah bukanlah tugas yang mudah dan bukan juga tugas yang payah lagi memberatkan, kerana sesungguhnya Allah berfirman dalam Al-Qur'an, mafhumnya: Dan tidaklah aku jadikan dalam perkara agama ini satu kepayahan

Namun lantaran keadaan dan situasi yang melanda, dengan pelbagai serangan fikiran daripada musuh Dinullah sama ada jin mahupun manusia, maka kita lihat hari ini urusan agama Allah terasakan berat dan seribu satu kepayahan padanya. Lantaran jiwa, fikiran dan persekitaran telah dikuasai oleh sejuta satu maksiat, maka Islam yang indah menjadi hodoh. Justeru, berjayalah orang-orang yang mensucikan dirinya dengan mujahadah seperti mana firman Allah dalam ayat 9 surah as-Syams, dan beruntunglah orang-orang yang membantu agama Allah kerana Allah menjanjikan magfirah atas segala jihad di jalan Allah.

Banyak prihal yang membincangkan persoalan ini, namun kita sebagai manusia gagal mendalami hidup sebagai hamba Allah yang sebenar.Setiap kali kita sentiasa dengan beribu alasan untuk sejam dan seminit kejalan islam.Kenapa masalah ini sering berlaku dikalangan mahasiwa? nah.. itu lah tren,malas ,boringlah,alah tak payah ana tak g pun ana faham juga.Tegoklah ayat? itulah yang sering diungkapkan dalam mana-mana program pentarbiahan.Maka lihatlah sejauh mana kita faham akan kebenaran sebuah agama yakni islam....

Ana hanya melontarkan persoalan, tidakkah ruginya sahabat - sahabat kalau kita berada di dalam tahap begini.Kita bukanlah menbawa misi keluarga dan pejabat atau persatuan tapi islam suatu kebangkitan sebuah nilaian yang penuh dengan rahsia.Sama-sama kita aturkan diri dan letakan prisip jatidiri sebagai peyelamat dunia islam masa kini.Oleh hal demikian kita tidak boleh mengharapkan kemenagan itu bertapak hanya kepada orang lain, tetapi biarlah perasaan sayang dan cinta kita hanya pada islam menjadi lambang kebenaran yang realiti.

akhir nasihat ana..teringat kalam sheikh Dr Yusof Al Qardawi..megatakan kenapa islam wajib dimenangi, dimana sebenarnya pemuda sebagai harapan kepada bangsa..maka kitalah yang seharus menangung tangungjawap ini suatu kewajipan...Jadilah pemuda yang bertakwa dan bermaruah demi kebangkitan islam...sekian

Comments:

There are 0 ulasan for HILANGNYA JATI DIRI

Catat Ulasan