Tragedi sebuah Episod

Dicatat oleh Mohd Ridzuan Bin Nazri | | Posted On Isnin, 11 Januari 2010 at 3:52 PG

UMNO Gelabah bila dibicara di Mahkamah Rakyat



Saya Tererkejut dengan kenyataan YAB Perdana Menteri yang berkaitan isu pengeboman dan pembakaran gereja yang bertajuk 'JANGAN MENUDING JARI PADA UMNO' seperti yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar hari ini.


1.Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa Perdana Menteri menyedari bahawa UMNO / BN sedang dibicarakan oleh Mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan UMNO di kandang orang salah. Perbicaraan di mahkamah rakyat mengambarkan UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi. Kepada Perdana Menteri ingin saya nyatakan bahawa rakyat menuding jari pada UMNO dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin UMNO yang rasis. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mungkin mudah lupa pepatah Melayu yg berbunyi 'siapa yang menanam dia lah yang menuai hasilnya. Kini UMNO sedang menerima akibatnya.

2.Datu Seri Najib perlu imbas kembali pada peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan ISA (ops lalang) keatas pemimpin pembangkang dan NGO yang di mangsakan oleh politik jahat UMNO, peristiwa mencium keris oleh bekas Ketua Pemuda UMNO(Datuk Seri Hishammudin Hussien) dengan sentimen perkauman, peristiwa serangan induvidu pemuda UMNO ke atas YB Karpal Singh di Parlimen, peristiwa pijak kepala lembu dan yang terbaru provokasi isu penggunaan kalimah Allah untuk majalah Herald di mana kenyataan Perdana Menteri dan Datuk Hishammudin seolah-oleh menggalakkan tindakkan tersebut.

Saya merujuk kepada kenyataan dari peristiwa-peristiwa ini dan mempertikaikan keikhlasan UMNO dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.Kalau benarlah umno inginkan islam agama sebagai landasan pemerintahan kepada tidak berusaha mencapai hadaf is;lam yang sebenar..Ana melihat umno asyik berada dalam keadaan yang sama,yang mana islam itu bukan cra hidup.


3.sebelum ana menulis tragedi ini ana terbaca sebuah buka freemason di kepulauan melayu.Kita rungkai semula sejarah yang memerdekaan malaysia adalah dari penjajah inggris selepas seluruh dakyah freemason berjaya menakluki orang melayu.sehinggkan kuasa sultan dan kerajaan telah dikuasai pengaruhnya untuk menguasai tanah melayu.Hak sultan hanya menjaga adat istiadat dan agama islam .Tapi sebalik perancangan hanyalah palsu.Cukuplah umno tak payah menunjukan hero kalau dunia politik dikuasai sebalik penjajah.

4.Kononya menggunakan agama, segala kejahatan selesai.Rakyat tidak bodoh macam lembu ditarik hidup.Rakyat telah bijak dalam memilih siapa yang sebenar hak dan batil.UMNO ingat dia boleh gunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian untuk tujuan politik murahan. Tapi jelas senjata makan tuan, rakyat tidak lagi mempercayaai UMNO. Inilah petanda UMNO / BN telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerintah negara.

"Saya mengajak rakyat berbilang kaum dan agama untuk sama-sama PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya berjuang untuk memuziumkan UMNO / BN dalam PRU ke-13 nanti. Kepada parti-parti kompenan BN saya mengajak mereka menyingkir UMNO dari BN atau mereka meninggalkan BN untuk bersama PR membawa wajah baru politik Malaysia",kata perangan pas pusat

Kesimpulan, kita hamba Allah berhak memilih islam sebagai ajaran yang menyelesaikan pelbagai persoalan .Kerana alquran dan sunnah sebagai panduan yang mendedahkan persoalan dunia dan akhirat.Islam menilai pertikai di atas dasar kejujuran dan kebenaran yang hakiki.Kebatilan pasti ditak selam penipuan adalah kebodohan yang besar kepada dunia ..lakukan yang terbaik didalam agama kita ISLAM..


Comments:

There are 0 ulasan for Tragedi sebuah Episod

Catat Ulasan